I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, November 23, 2011

aku sayang die



aku sayang dia...
penah lah 
dia kata aku ngada..
tapi..
aku sendiri pon dah tak boleh nak describe..
betul k aku ngada??
yang aku tau..
mood aku memang dah lain..
sekarang nie..
terasa rindu sangat kat dia..
blog aku kan..
biar la aku nak luah apa aku rasa..
dia penah kata,
dalam hati aku ada taman??
sapa cakap??
dalam hati ada dia  ja..
he,he..he,he..

ada juga yang kata..
susah bila dok jauh2 nih..
nak jumpa susah!!
nak keluar sama2 pon susah!!
nak makan sama2 pon susah!!
nak tengok wayang sama2 pon susah!!
nak p karo lagu sama2 pon susah!!
nak p sunway lagoon sama2 pon susah!!
nak p..nak p..nak p..nak p..
pon susah!!

tapi??
ada aku kisah??
bagi aku..
buka susah pon..
cuma tak dapat ja semua tu..
he,he..he,he..
sebab tu la malam nih aku jadi camni..
yang pasti..
cuma satu ja..
aku yakin bukan aku ja camni..
dia pon camtu gak..
kan??
baik ngaku!!
padam balik post ni kalau tak ngaku!!
hak,hak..hak,hak..

btw..
aku syg dia sgt2x....
miss u baby..!!!!!

Tuesday, April 26, 2011

tahu tak kenapa saya suke awak?


         awak tahu kenapa saya suke awak?
awak tak tahu atau sengaja tak nak ambil tahu?
           saya tak pernah salahkan awak
     kerna saya tahu awak seorang yang baik
         awak tak pernah buat saya marah
      malah awak sentiasa buat saya senang
 saya je kadang-kadang susah mahu menerima
           apabila awak dengan orang lain
                    mungkin saya tamak 
  saya nak awak sorang je dalam hidup saya
         salah ke saya berfikiran macam tu?
                       jika saya sedih,
                  awak pasti dapat hidu 
            tak tahu dari mana awak tahu
     tapi yang pasti awak sentiasa disisi saya
    dikala saya susah awak pasti hulur tangan
                    untuk membantu saya 
              so,salah ke saya suke awak?
 tatkala saya sakit awak sentiasa menemani saya
                saya tak mahu makan ubat
      awak nasihatkan saya supaya makan ubat,
         macam mana nak sihat lau macam nie?
              tatkala  2 jagak saya tertawa 
                      dan awak marah
           awak kata awak series bukan main2
                so,saya akur makan juga ubat itu..
                     hee...saya sayang awak
                                      <3
                                        u


Pengakuan saya suka awak

Kring… Kring…
Perempuan: Hello.
Lelaki: Salam dan Hi. Ni Izzat ni. Sha, tengah buat apa tu?
Perempuan: Hmm…
Lelaki: Takpela, sori kacau… saya cuma nak bagitau awak sesuatu…
Perempuan: Saya…
Lelaki: Sekejap ya, maafla ambil masa awak… Tapi ada sesuatu yang perlu saya cakap… Nak buat pengakuan sebenarnya…
Perempuan: Tapi kan, saya…
Lelaki: Ya2… Jangan la layan saya macam ni .Saya dah banyak kali usaha nak dapatkan nombor awak daripada kawan2 saya ni. Nak telefon awak ni pun saya pun dah banyak kali fikir. Akhirnnya barulah ada keberanian nak telefon awak.
Perempuan: Oh. Ya ke? Hmm…
Lelaki: Sebenarnye saye dah lama suka awak. Mungkin awak tak kenal siapa saya dan tak pernah menyedari kewujudan saya. Tapi saya dah lama perhatikan awak. Sejak dari mula saya kenal awak lagi. Saya dah jatuh hati pada awak. Bukannya saya tertarik pada kecantikan awak walaupun saya tak nafikan awak memang cantik dan menjadi kegilaan ramai. Tapi gaya awak, yang membuatkan hati saya terpikat. Sopan penampilan, lembut tutur kata, dan baik hati budi. Mungkin saya terlalu terus terang tapi kalau saya tak cakap hari ni sampai bila2 pun tak…
Perempuan: Oh Izzat. Awk sungguh baik untuk berterus terang begini, tapi kan…
Lelaki: Kenapa Sha? Kenapa? Awak tidak sukakah cara saya? Atau awak tidak suka saya? Mungkin kerana awak tidak kenal saya. Tapi Sha, saya betul2 sukakan awak. Awak bagaikan teman yang telah lama saya impikan. Teman yang boleh mengisi kekosongan hati saya. Saya tak pernah rasa suka pada seseorang seperti saya sukakan awak sekarang.Awak bagaikan bidadari kepada saya. Rasa sangat bahagia jika ada awak disamping saya. Awaklah permaisuri di hati saya yang memang saya tunggu-tunggu…
Perempuan: Bukannya begitu maksud saya tapi… Sukar utk saya katakan, tapi saya…
Lelaki: Awak dah berpunya? Hati awak sudah menjadi milik org lain? Tak mengapa Sha. Saya faham. Sesungguhnya saye rela menunggu awak kerana saya percaya jika ada jodoh antara kita maka kita pasti bersama. Kalau awak katakan awak tidak mahu berkapel, saya juga begitu. Bukan niat saye untuk bercinta macam orang lain. Saya tidak mahu begitu kerana itu menjurus ke arah maksiat. Saya tahu awak perempuan yg baik, tak mungkin saya mempersiakan awak. Wanita dijadikan daripada rusuk lelaki, untuk berada di sisi. Saya faham itu. Saya benar2 ingin jadikan awak teman hidup saya. Tapi mungkin saya tidak sempurna kerana saya hanyalah manusia. Tapi saya harap awak dapat terima saya seadanya, kerana itulah sebenarnya cinta.
Perempuan: Izzat. Sebenarnya apa yang awak katakan itu betul. Mana2 wanita yg mendengar tutur kata awak ni pasti terpikat dengan keikhlasan dan keberanian awk. Tapi berat untuk saya katakan, saya sebenarnye BUKAN SHA. AWAK DAH SALAH NOMBOR NI!
WAHAHAHA…..
Ape yg berlaku seterusnya? Entahla, pengarang yang sebenar (aku olah semula ayat di atas supaya sesuai dengan cara penulisan aku) pun tidak tahu…

Friday, April 22, 2011

PeLik kAn???..tAw xpEr..



Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi .

Pelik ya, betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung .

Pelik ya, dengar iklan jualan murah dlm tv, tak sabar-sabar nak shopping, tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar pula nak tukar channel lain .

Pelik ya, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi , tapi masjid dekat rumah rasa berat kaki pula .

Pelik ya, susah sungguh merungkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat hajat , tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan member .

Pelik ya , betapa seruan dan teriakkan berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert , tetapi berebut saf paling belakang bila solat jumaat supaya boleh keluar cepat

Pelik ya, susah orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip .

Pelik ya , kita begitu percaya pada email dan internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan oleh Al-Quran.

Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka surat berantai dalam email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali .

Wednesday, April 20, 2011

mUngKin bEnaR

mungkin benar,
tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari,
mungkin benar,
saat kita terluka barulah kita mengerti,
mungkin benar,
bila kita rasakan rindu yang sangat dalam,
barulah kita mengetahui betapa besar makna
dan ertinya seseorang bagi kita.

tidak bolehkah kau bagi hatimu padaku??


walaupun minta aku jangan pergi
biarpun minta aku berhenti saja,
hatiku tetap menuju ke arahmu,
cintaku takkan hilang,
cintak takkan berkurang,
satu demi satu setiap hari,
cintaku terhadapmu tak pernah berhenti,
sampai ia menjadi satu bebanan,
kenapa aku tak dapat elakkan diri daripadanya?
hatiku macam digores,
aku mungkin dah jadi bodoh yang dibutai cinta,
memandang kau bagaikan cahaya sedih,
air mata pasti dah bocor,
buat air mataku terus mengalir,
aku tunggu kau hari demi hari,
aku pasti dah jatuh sakit sebab terlalu rindui mu,
sebab aku terlalu cinta padamu,
tak bolehkah kau bagi hatimu kepadaku?,
tak bolehkah kau terima cintaku,?